Wednesday, July 29, 2009

I'M PREGNANT!!!!

I CAN HANDLE ANYTHING,I HAVE CHILDREN!! Wah.... motivate diri sendiri nampak.haha...i noticed that something not going well with myself. i felt dizzy,groggy,loya,mmmm...segalanya x sesuai! wawawa... 20 July aku rs x sedap hati.demam aku makin teruk n aku perlu kepastian sbb kalau btllah aku pregnant,mana bole sukati telan ubat.tp kalau x pregnant,aku nk ambik ubat demam sekarang!

So aku terus beli pregnancy test,n resultnya sangat mengujakan.2 line merah terang! ye la kan? mmm x puas ati esoknya aku ambik cuti peristiwa (wah). pegi klinik n confirmkan dgn doktor. sahlah aku pregnant 5 minggu.... due nya on 22.3.2010.sarah nanti jadi kakak!

Monday, July 13, 2009

TANDA 100 HARI KEMATIAN...WAA...TAKUT!

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! BACALAH DENGAN TELITI!!!

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri menantikan kedatangan Malaikat Maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak!!!
forward this buletin...may ALLAH SWT bless you.

Saling berpesan2lah sesama kita........

Thursday, July 9, 2009

SARAH BELAJAR MENGIRA


Baruku mengerti perasaan seorang ibu bila mendengar anaknya pandai itu dan ini.aku sgt excited bila sarah dah pandai membilang,menyanyi.huh,lagu fav dia skang ni alya-tak mungkin kerna sayang tu.mak aii suka btl dia.hahahah...

SARAH'S NEW TEPEE

Ni la camp for sarah,cik elin dia yg belikan.huh,sukatinye dia...sampai 2 3 harila ngamuk nk tido dalam camp. princess tepee ni agak cute la, i guess it must be 100++.anyway thanks sis..for being such a 'murah hati' person.huhuhuhu! xpo murah hati,nati murah rejeki!

Sunday, June 21, 2009

HAPPY BIRTHDAY ACHIK


6 Jun - Celebrate birthday mohd nor syakirin bin shambul ambia. happening sgt sbb ramai budak2.anakku n anak2 sedara duk main lari2.yang tua ni plak duk nyembang..sekali sekala berkumpul ni bagus gak eh.

AUTO SHOW AT PD




Kami pegi jalan2 kat Teluk Kemang ptg harinya utk menikmati keindahan pantai.huhuhu....ada auto show.ni tgkla keta yg paling aku suka yg hello kitty tu.tomeinye...

PORT DICKSON!!!











20 Jun - Yeah...masa utk menenangkan fikiran slps bz ngan kerja. Kami menuju ke PD nk tido kat sana.Dlm sejam kami sampai terus check in Rumah Peranginan Persekutuan. Ptg tu best gile main pantai. Sarah mula2 takut,pastu xmo naik2. heheheh.... to my husband, HAPPY FATHER'S DAY! Umi n Sarah caaayang papa!!

MENGHANTAR HANTU







7 Jun - Kami bersiap untuk majlis menghantar menantu bertempat di rumah Fauzi lebih kurang 5km dr rmh kami.Pkl 3 kami sampai terus makan.huhuhu...hari yg sgt panas,sarah lak mengamuk2 sbb mengantuk.

IRA KAWEN







5 Jun - Ira selamat melangsungkan perkahwinan nya...well...x tau nk komen apa...Syukur je lah.Asalkan dia happy,ok la...kami diberi 'uniform' kaler biru.aku,k.elin,k.za,k.la n k.wina. Kira temanya birula walaupun gelombangnya hijau.huhuhuhu...anyway,congrates to my sis...ni ada pic sekitar majlis (mama aku sgt cantik di usia 60-an)

Monday, May 18, 2009

BANDUNG-KOLAM AIR PANAS


Kolam Air Panas-Pic di atas masa pegi kolam air panas selepas ke Tangkuban Parahu.terletak lebih kurang 2km dr Tangkuban Parahu.punca mata air yg paling panas dikatakan boleh mengesan penyakit2 (kalau lepas rendam kaki kaler merah-sihat,kalau kaler purple-sakit)

BANDUNG-MAKAN





Makan kat bandung agak enak gak la...hari pertama masakan minang.hari ke dua masakan sunda.ayam kat situ ayam kampung je.kecik2.ada ikan terbang,best...kat sana strawberry n rasberry rasanya sgt sedap...manis.bandung juga kaya dgn tea plantation yang menjadi salah satu sumber eksport terbesar bandung.

BANDUNG-SHOPPING




BANDUNG-bandar ke 5 terbesar di Indonesia.masyhur dgn syurga membeli belah di mana terdapat 70 branded factory outlet dan Pasar Baru yang menjual kain ela,telekung semayang,kuih dll. 15/5:kami rombongan JKR (BKJJ + BPPP) berlepas ke Indonesia menaiki pesawat Air Asia Indo jam 9.40 pagi.perjalanan ambil masa 2 jam.sampai je kami terus serbu Pasar Baru,shopping.mula2 aku pening gak nk mengingat rm convert rupiah.rm10 = 35,000 rupiah.so,jadi jutawan fakir la jap.Lps tu kami gerak ke factory outlet lak.shopping lg.aktiviti ini diibaratkan 'melontar jumrah' a.k.a 'melontar duit'.huhuhuu...

Saturday, May 16, 2009

FROM BANDUNG WITH LOVE




BANDUNG-2nd day,kami ke Tangkuban Parahu or nama melayunya Perahu Terbalik.ini adalah kawasan larva gunung berapi yang dah x aktif. tempatnya sejuk sgt.180 meter dari paras laut.rasa cam kat cameronla...tp lg sejuk! pedagang kat situ agak agresif...mcm desperado.tp kami dah di remind oleh tourist guide (eric) supaya jgn layan...hahahaha...best!!!

Thursday, May 14, 2009

TIME TO GO

well...esok dah sampai masa aku g bandung,Indonesia. excited,tkt n bimbang...excited la nk g tgk negara org...tkt kalau ter...jadi apa2 (Nauzubillah) n bimbang nk tinggalkan anak n suamiku.....i'm gonna miss them!!!! watever happen,pls forgive for all the things i've done.never meant to hurt anybody.sorry papa if i had accused u about anything...u're my truly love...ever after.sarah,be a good girl.umi saaaaaaaayang adik!!

Monday, May 11, 2009

PREGNANT LADIES

Dari kiri,helya,aku n shaniza.inilah ibu2 mengandung tingkat 17.sayangnya aku miscarriage...so,tgk je lah korang gendong perut....helya yg suka berlari lam ofc nk kena bg motivasi sket,nanti anok mu tubik suko ungga situ sini,x cekak nk hambat la...hahahahaha! anyway,congrates to us! yeyeh...we are supermoms/suffermoms!

GENG ARKITEK


Ni geng cawangan arkitek,tima. Nia n cikin.yang pakai spec tu cikin.asal kedah, yg gigi putih tu nia.asal kluang,johor. kitorang ni selalu sama2 kalau buat pe pe.mkn pun sama.n tempat kesukaan-mara.hahahaha...mcm xde tempat len.well...jasamu dkenang!!

Sunday, May 10, 2009

ANAK UMI


Pic ni diambil semasa anakku berusia 4 hari.'Wan'-kaum kerabat papa,'Dinie'-stand for Die(papa) n Nie(umi),'Sarah'- sempena nama isteri Nabi Ibrahim a.s yang pekertinya sgt elok,kuat agama,cantik n taat.Sedar x sedar,next week anakkku akan menyambut ulangtahun ke-2.Umi n papa caaayang adik!

Thursday, May 7, 2009

ABAH YG KUBANGGA


8/5-Malas....Ya ampun.... knp ni? semalam tido lewat.borak ngan papa (mcmla x jumpa setaun) hahahahah....rindu nk berbual psl2 kecik2 dulu.really miss that moment when i was a girl,jalan mana2 kena pegang tangan abah.abah ckp kalau jalan jauh2 nanti ada org nk culik anak abah yg comel.Abah adalah pengaruh yg sgt kuat dlm hidup aku.drpd 1st time ambik ujian,aku mesti nk score sbb nanti cikgu bgtau abah kalau dpt x elok.(abah aku cikgu,so..kebanyakan cikgu sekolah aku kawan2 dia) abah x suka nk mengajar anak sendiri satu sekolah,nanti aku manja katanya.so,dia hantar aku sekolah sebelah.tp time rehat mkn sama2.bestlah...pastu abah plk cikgu favourite kat situ sbb dia sporting.(ye ke?) dgn kitorang cam garang jek...abah oh abah...rindunya.....ingat lg masa abah nk pencen,abah ckp tunggu aku blk (ms tu aku sekolah asrama Naim Lilbanat) utk bukak hadiah yg dia dpt.so,kami sama2 bukak hadiah,gelak2...seminggu lps tu je...abah disahkan kidney failure.kami sgt terkejut sbb x pernah pun tgk dia skt.lps tu abah warded kat husm kubang kerian.hampir sebulan,kena pindah ke hkb sbb x ckp kelengkapan.kat sana abah kena operate.ingat lg ms nk operate tu abah ckp kat doktor,i want to discuss with my son....abah,anak abah yg paling sayangkan abah ada kat sini....talk to me... SOB..SOB...SEDIH... kepada abang2 ku,kalau terbaca blog ini,frankly,aku mmg dengki ms tu (budak2....) sbb aku rs result PMR aku yg x berapa ok tu salah satu penyebab abah sakit.well...bila dah besar ni...mengenang kembali saat pemergian abah,sgt menyedihkan...krn aku ingin berkongsi hari bahagiaku masa kawen dgn abah...saat menyabung nyawa melahirkan cucu abah....masa aku gembira dpt tawaran kerja kat JKR ni...abah oh abah....I MISS U...

Tuesday, May 5, 2009

MOTHER'S DAY-MY SPEACIAL MAMA


Mother's Day brings to mind.The thousands of things you did for me that helped make me happier, stronger and wiser, because I had you as a role model. I'm grateful for all the times you healed my hurts and calmed my fears, so that I could face the world feeling safe and secure.

MAMA, I LOVE U!

B.K.J.J


22 Jul 08-Pic ni tahun lps lg...tp br terasa nk upload sbb ada sentimental value la... en. zul da xde,mijie blk sabah,k.leha blk kelate,abg nasir pun dah blah....Inilah staff2 glemer 2008!! nanti aku update yg latest punye.ada ramai yg msk memeriahkan BKJJ.antaranya halim,asmizi,nora,suhaida,pn hasiah....sapa lg ek?

TAMAN TASIK CYBERJAYA


3 Mei- Aku,papa,sarah n k.elin g jalan2 kat Taman Tasik ni.ada drift hari tu.so,papa pun duk la tgk drift tu sampai aku boring. sarah naik beskal dia.k.elin lak g jogging.pastu semayang kat situ n msk gym.exercise sket.malangnya...sejurus slps mengeluarkan peluh,kami melantak nasi Arab sepinggan besar! hahahaha!

Monday, May 4, 2009

NEW HAIR CUT


hihihihi! sukenye bila dpt melaram g set rambut nih...actuallynya aku nk temankan eyuh kerat rambut depan jek.(aku pun bole tlg kerat) pastu biasella...godaan duniawi... A Cut Above Maju Junction telah menggoda sehabis baik supaya aku wash n cut. so,adakah aku mangsa keadaan? ye kot sbb aku bajet jadikla mcm isma af tu.tp eyuh ckp mcm noh kumpulan hujan! huh dan huh!!!

FASHION SHOW


Anak sedara ku yg kiut,K.long msk fashion show last Sat. Baju Cleopatra Sarah dia pakai jadik comei la plak.Kena hari tu hujan...mls btl nk bgn.Tp mengenangkan anak sedara punye psl,aku kuar pg2 lg nk tlg mekapkan dia. Dah sampai kat rukun tetangga kajang utama,aku tgk kening k.long dr jauh lg...mak aii...


Unfortunately....dia dpt saguhati jek...tp xpelah long...good try! n congrates to ur ibu (dpt johan pertandingan masak!)

Saturday, May 2, 2009

Anniversary!!!


1 May 2009....Yiiihaaa!!! My 4th anniversary.suuke...Alhamdulillah,pejam celik dah hampir 4 tahun perkahwinan kami. To my beloved husband,thanks 4 all the things we share together,happy n sad....4 patient to endure along these years we had been trough....

Wednesday, April 29, 2009

StarTEr....



Sadly n badly... middle of the year barula aku tahu psl blog2 ni.Actually aku nk beli jek diary n write down...tp...mls la plak....BTW,tis is a good start 4 me.enjoy it!!!